Sabtu, 23 Januari 2010

Projek Cili Kulai 568

Salam Semua..

Pada tahun nie, saya dan kawan-kawan saya ada Projek Cili Kulai 568, Tapi buat kat Rumah dia kat Meru, Rumah Lot tepi, Luas lah.. ada banyak kosong boleh pakai tanah tu.. Dari pada terbiar sahaja, biar nampak hijau sikit kan cantik mata memandang.

Kami menanam Cili Kulai 568 nie sebagai uji kaji aje dahulu... Projek nie bermula sebanyak 84 pokok sahaja dan disemai pada 20hb December 2009 tahun lepas.

Tapi sekarang pokok Cili Kulai 568 yang kami tanam sudah berusia 1 bulan, pertumbuhannya jugak memberikan kami semangat untuk terus kan lagi..

Selain daripada tanam pokok cili nie, kita dengan sendirinya dapat merapatkan lagi persahabatan dan kemesraan dengan jiran2 dan kawan2 kita. Sepanjang penglibatan saya dalam Projek nie banyak pak cik2, mak cik2 dan kawan2 yang berkunjung ke tanam kami, serta berkongsi pendapat mereka atau bertanya.

Buat masa nie saya tak dapat sertakan gambar, mungkin lepas nie saya akan up-date lagi dengan gambarnya sekali.

Berkebunlah Daripada Kita Melepak Disana Sini, Pasti Ibu Bapa Kita Akan Sokong..

Sekian, Terima Kasih.

1 ulasan:

  1. Usaha Tangga Kejayaan,
    Kenapa nak tunggu orang lain,
    yang usaha dan berjuang untuk hidap kita,
    kita sendiri...
    yang berjaya atau tak kita.
    Selamat Berusaha Untuk Masa Hadapan yang senang,
    Sekarangkan Zaman IT,

    BalasPadam