Ahad, 14 Februari 2010

Cili Kulai 586 Fertigasi di Meru Klang

Kami memasang pancang buluh sebagai sokongan, supaya pokoknya tidak jatuh atau patah sekiranya hujan atau berangin kuat.

Yang nie baru berusia 26 hari selepas pindahkan ke polybag

Kami juga menambah Baja Organik Gunung Berapi untuk Nutrien media semaiannya.



Pokok Cili Kulai 586 setelah diisi Baja Organik Pengalak Bunga Dan Buah, perkembangannya nampak dalam 2-3 hari sahaja. Pokok ini diambil gambarnya pada 21 hari selepas dipindahkan ke polybag.


Ini adalah Cili Kulai yang telah berusia 18 hari selepas dipindahkan ke tray semaian.

Cili Kulai 586 ini perlu dipindahkan ke polybag setelah berusia 20-25 hari selepas disemai dalam Tray Semaian.

Benih Cili Kulai 586 yang sedang bercambah.

Pastikan keadaan Tray Semaian (peatmoss) Sentiasa dalam keadaan lembab, perlu disiram 3-4 kali sehari.

Anak benih yang sedang memecah Peatmoss untuk tumbuh.

Anak Pokok Cili Kulai 586 ini baru berusia 3-4 Hari selepas disemai ke Tray Semaian, ianya perlu ditutup dan dijauhkan daripada Cahaya Matahari, Sehinggalah sudah mengeluarkan 2 daun, baru lah boleh didedahkan ke Cahaya Matahari.

Pokok Cili kulai 586 ini ditaman pada 20hb December 2009. Panduan, nasihat dan pandangan boleh lah diperolehi di :-
http://romatechagro.blogspot.com/


Sabtu, 23 Januari 2010

Projek Cili Kulai 568

Salam Semua..

Pada tahun nie, saya dan kawan-kawan saya ada Projek Cili Kulai 568, Tapi buat kat Rumah dia kat Meru, Rumah Lot tepi, Luas lah.. ada banyak kosong boleh pakai tanah tu.. Dari pada terbiar sahaja, biar nampak hijau sikit kan cantik mata memandang.

Kami menanam Cili Kulai 568 nie sebagai uji kaji aje dahulu... Projek nie bermula sebanyak 84 pokok sahaja dan disemai pada 20hb December 2009 tahun lepas.

Tapi sekarang pokok Cili Kulai 568 yang kami tanam sudah berusia 1 bulan, pertumbuhannya jugak memberikan kami semangat untuk terus kan lagi..

Selain daripada tanam pokok cili nie, kita dengan sendirinya dapat merapatkan lagi persahabatan dan kemesraan dengan jiran2 dan kawan2 kita. Sepanjang penglibatan saya dalam Projek nie banyak pak cik2, mak cik2 dan kawan2 yang berkunjung ke tanam kami, serta berkongsi pendapat mereka atau bertanya.

Buat masa nie saya tak dapat sertakan gambar, mungkin lepas nie saya akan up-date lagi dengan gambarnya sekali.

Berkebunlah Daripada Kita Melepak Disana Sini, Pasti Ibu Bapa Kita Akan Sokong..

Sekian, Terima Kasih.

Ahad, 8 November 2009

Main Paintball Kat Pulau Indah


Tengah beri penerangan tentang paintball, peralatan-peralatannya, strategy dan keselamatan pemainnya.


Kawan-kawan mendengar penerangan tentang pemainan Paintball.

Jumaat, 6 November 2009

SELAMAT DATANG KE mhanizam-johnblog


Assalammualaikum...

Selamat datang ke mhanizam-johnblog. Hari nie saya baru buat blog untuk kongsi dengan kawan-kawan. Masih tak sempurna lagi baru belajar.

Kalau nak tengok saya ada kat Gambar Sebelah itulah saya.

Yang Sebelah nie gambar saya dan rakan-rakan office semasa main paintball kat Perlabuhan Klang, Pulau Indah kata nya.

Gambar baby 2, gambar anak saya yang ke-2. Mak dan Anak pertama tak masuk kan lagi kalau ada masa nanti saya masuk kan..

Oklah, Terima Kasih kerana melawati Blog Saya..

Wassalam...